fb fb fb fb fb

Jalan utama runtuh: Jambatan sementera dibina di kawasan terputus hubungan

(Datuk Seri Dr Ahmad Zahid bercakap selepas melawat lokasi kejadian di Felda
Selancar, Rompin)

ROMPIN, 1 Mac- Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membina jambatan 'Bailey Compact' sebagai jambatan sementara di Felda Selancar, Rompin yang terputus hubungan, selepas jalan utama ke kawasan itu runtuh akibat limpahan air deras.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi usaha pembinaan jambatan sementara itu akan diselaras Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR).

"Hakisan di jalan utama ke Segamat telah terputus sepenuhnya, jadi apa yang kami akan lakukan ialah jambatan bailiey sementara yang dibekalkan oleh Nadma dan koordinasi telah dilakukan oleh pihak JKR negeri dan pemasangannya akan dilakukan oleh kor jurutera ATM.


(Jambatan sementara akan dibina di Felda Selancar, Rompin yang terputus hubungan selepas jalan
utama ke kawasan itu runtuh akibat limpahan air deras)

"Saya telah menghubungi Panglima Tentera Darat untuk mengkoordinasikan yang paling penting ialah jambatan bailiey ini akan dipasang sebaik sahaja ia sampai dan pemasangan akan mengambil masa antara 48 jam hingga 72 jam.

"Ia sekurang-kurangya dapat membantu penduduk di sini untuk kelangsungan urusan perjalanan ke kawasan sekitar" katanya

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid bercakap selepas melawat lokasi kejadian, petand tadi.

Tambah beliau, selain pelajar SPM yang terkandas, terdapat seorang pesakit buah pinggang sedang diusahakan untuk mendapat rawatan dialisis.

Manakala seorang ibu yang bersalin telah dibawa ke hospital berdekatan.

Media Baharu