fb fb fb fb fb

Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands dibuka Isnin jika selamat

Laluan Simpang Pulai-Blue Valley hanya dibuka waktu malam bergantung risiko cerun /FOTO BERNAMA

SIMPANG PULAI, 20 November - Jalan Simpang Pulai-Blue Valley yang menghubungkan Simpang Pulai dengan Cameron Highlands akan dibuka semula kepada semua jenis kenderaan bermula Isnin ini, jika disahkan selamat.

Bagaimanapun Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, laluan tersebut hanya boleh digunakan pada waktu malam sahaja berikutan kerja baik pulih jalan tersebut oleh syarikat konsesi pada waktu siang.

Pembukaan jalan berkenaan masih tertakluk kepada tahap risiko cerun.

"Saya mohon kerjasama daripada semua pihak agar bersabar kerana kerja-kerja ini perlu dibuat sehabis baik jika tidak jalan tidak selamat dan membahayakan nyawa. Itu yang penting bagi kami di kementerian dan juga di JKR," kata Nanta selepas meninjau tapak tanah runtuh di FT185 Simpang Pulai-Blue Valley, di sini.

Bagi mengatasi masalah cerun di lokasi tersebut, 'rockshed' sepanjang 100 meter dianggarkan RM20 juta akan dibina dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun.

Setakat ini, sebanyak RM500,000 sudah dibelanjakan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi pembersihan tanah menggunakan jentera di lokasi itu sejak 1 November lalu.

Runtuhan tersebut dilaporkan berlaku pada 23 Oktober lepas.

Trainee