fb fb fb fb fb

Lebih 2,000 penduduk terjejas banjir di Terengganu

Foto BERNAMA

KUALA TERENGGANU, 20 November- Seramai 2,574 penduduk terjejas banjir dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu setakat pada pukul 10.00 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Terengganu dalam kenyataannya memaklumkan, kesemua mereka ditempatkan di enam PPS di dua daerah yang masih terjejas.

"Kemaman masih mencatatkan jumlah penduduk terjejas paling ramai dengan 2,561 orang. Diikuti Marang dengan 13 penduduk terjejas banjir," menurut kenyataan itu.

Sementara itu menerusi portal Public Infobanjir, paras air Sungai Tumpat di Kampung Baru, Kemasik, Kemaman menunjukkan trend meningkat dengan bacaan 2.06 meter.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM