fb fb fb fb fb

Jalan Santai Malam Night Walk tarik 500 penyertaan

(Presiden Persatuan Bentan Malaysia, Datuk Nazri Kamal)

SEREMBAN, 15 Ogos- Lebih 500 orang peserta mengambil bahagian dalam Jalan Santai Malam Night Walk sempena sambutan Bulan Kebangsaan yang diadakan di Seremban.

Program anjuran Persatuan Bentan Malaysia itu melibatkan aktiviti berjalan kaki sejauh 13 kilometer bermula dari bangunan Seremban Gateway dan singgah di 12 lokasi yang ikonik di bandar raya Seremban.

Menurut Presiden Persatuan Bentan Malaysia, Datuk Nazri Kamal, penghayatan terhadap sejarah tempat ikonik tersebut mampu meningkatkan kesedaran peserta mengenai nikmat kemerdekaan yang dikecapi. 

"Program ini sebenar bertujuan untuk memperkenalkan tempat-tempat heritage iaitu tempat tempat bersejarah yang berada di Seremban untuk generasi muda dan menjadi satu daya tarikan dan kalau ada rezeki kita akan buat pada tiap tiap tahun kita juga dapat peserta dari luar iaitu dari bangi daripada Melaka dan juga pada Selangor dan sikit dari perak penyertaan kita ni,"katanya.

Para peserta singgah antaranya di Istana Hinggap Seremban, Stesen Keretapi Seremban, rumah ibadat di Kampung Bukit Temiang, Penjara Seremban, bangunan kerajaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist ACS.


(Sebahagian daripada peserta  Jalan Santai Malam Night Walk)

Media Baharu