fb fb fb fb fb

Jalan Bukit Tangga-Sintok, ditutup sementara untuk kenderaan berat

FOTO Facebook JKR

KUBANG PASU, 13 November - Banyak kawasan di Kedah dilanda banjir kilat serta berlaku kerosakan di sebahagian Jalan Bukit Kayu Hitam-Bukit Tangga-Sintok, di sini akibat daripada hujan lebat yang turun pada 11 November lepas.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kubang Pasu dalam satu kenyataan berkata, runtuhan berkedalaman 2.4 meter itu berlaku di lokasi sebelum Kolej Pertanian Bukit Tangga.

“Hanya satu lorong (dibuka) bagi laluan kenderaan dan laluan tersebut tidak boleh dilalui kenderaan berat," menurut kenyataan itu.

JKR Daerah dan pihak konsesi Jalan Persekutuan iaitu THB Maintenance Sdn Bhd akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa.

Pemandu dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati ketika melalui laluan berkenaan.

TETITIA YUSOFF