KUALA LUMPUR, 13 November- Keputusan kerajaan mengapungkan kembali harga ayam dilakukan pada masa yang tepat di saat bekalan ayam kembali stabil.
Menurut Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Dr. Ameer Ali Mydin, intervensi kerajaan seperti pemantauan berterusan dilihat perlu demi memastikan tiada penyelewengan berlaku.
Aktiviti kartel ayam misalnya perlu ditangani sepenuhnya bagi mengelakkan eksploistasi harga yang pastinya membebankan pengguna.
"RM 8.50 ialah harga yang sesuai walaupun tidak begitu menguntungkan bagi pembekal dan penternak. Mereka menanggung kerugian disebabkan harga yang agak rendah dan misalnya harga naik ke RM 10.50 contohnya, itu terlalu tinggi pula.
"Langkah pengapungan harga dilihat efektif untuk mengimbangi harga tetapi jangan sampai membebankan pengguna.,"katanya.
Berkenaan inisiatif Menu Rahmah, beliau menyifatkan ia perlu diteruskan sebagai tanggungjawab sosial, demi membantu mereka yang memerlukan.
Datuk Ameer ditemubual menerusi segmen On the Table, Malaysia Tonight.