fb fb fb fb fb

JAKOA atasi isu keciciran pendidikan orang asli - Mahdzir

(Datuk Seri Mahdzir Khalid ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Parit,
Datuk Mohd Nizar Zakaria di Dewan Rakyat)

KUALA LUMPUR, 28 Julai - Isu keciciran pendidikan dalam kalangan orang asli menjadi keutamaan kepada Jabatan Kebajikan Orang Asli (JAKOA) bagi mengatasi masalah tersebut.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata JAKOA kini telah mengenal pasti pelajar terbabit melalui data yang telah dikumpulkan.

Tambah beliau, pegawai pendidikan mengambil tindakan berjumpa pelajar yang dikenal pasti bagi mengatasi isu berkenaan.


(Foto fail)

"Sampai darjah enam ada (pelajar) yang berhenti terus dan ini kita dah 'identify' (kenal pasti) data daripada JAKOA, dari kampung mana, dalam JAKOA yang pergi jumpa dengan keluarga itu untuk ambil bawa ke sekolah," kata beliau ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Mahdzir, kini terdapat lebih 900 pelajar dalam kalangan orang asli menuntut di institut pengajian tinggi tempatan manakala 53 lagi kini menuntut di luar negara.

Setakat ini tiga jenis sistem persekolahan digunakan bagi masyarakat orang asli iaitu sekolah jenis berasrama bermula darjah satu hingga enam, Sekolah K9 (K-Nine) yang menempatkan pelajar dari darjah satu hingga tingkatan tiga dan sekolah jenis campuran.

Media Baharu