fb fb fb fb fb

JAKM di Pasir Salak janjikan kelainan pengisian dan program - Datuk Mastura

KUALA LUMPUR, 29 Jun- Pelbagai program serta pengisian aktiviti menarik dianjurkan menerusi siri Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM).

Ini termasuk JAKM yang dijadualkan berlangsung dari 1 hingga 3 Julai ini, di Pasir Salak, Perak.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Mastura Mohd Yazid menyeru kepada semua khususnya rakyat Perak untuk menggunakan masa ini dengan sebaik mungkin.

"Banyak program yang akan dijalankan iaitu kaunter perkhidmatan kerajaan akan dibuka, pameran kementerian, jabatan dan agensi yang berkaitan kepada rakyat dan juga jualan usahawan IKS, jualan Keluarga Malaysia dan juga citarasa Keluarga Malaysia dan program Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia.

Saya minta supaya semua masyarakat dapat sama-sama datang untuk mohon kerja di situ, perbadanan industri bersama dengan majikan dan juga institusi pendidikan akan turut berada di sana," kata Datuk Mastura kepada pemberita RTM selepas menjadi tetamu rancangan Selamat Pagi Malaysia, pagi tadi.

Program AKM itu dijangka dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 3 Julai nanti.

JAKM yang dicetuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah kesinambungan daripada kejayaan program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 9 hingga 12 Disember tahun lepas.


(Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Mastura Mohd Yazid ditemu bual
pengacara RTM dalam program Selamat Pagi Malaysia, pagi tadi)

Media Baharu