KUALA LUMPUR, 10 Oktober- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menyiapkan laporan lengkap berhubung video seorang pendakwah dan sekumpulan pelajar yang mengalunkan bait bahasa Arab yang tular di media sosial baru-baru ini.
Ketua Pengarahnya Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee menerusi satu kenyataan berkata bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu tersebut secara tuntas, JAKIM telah menghubungi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah dan Jabatan Mufti Negeri Kedah selaku pihak autoriti agama di negeri Kedah untuk tindakan susulan.
“JAKIM berharap dengan pemakluman ini dapat meredakan isu tersebut dan tidak menimbulkan perpecahan dalam kalangan masyarakat.
“JAKIM juga dari semasa ke semasa sentiasa memberikan penjelasan kepada masyarakat Islam berkaitan kefahaman akidah yang sahih berteraskan Ahli Sunnah Waljamaah selari dengan saranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),” katanya.
Mengenai video tular itu, beliau berkata ia menunjukkan sekumpulan pelajar dalam satu majlis sedang mengalunkan qasidah di hadapan guru mereka yang didakwa mengandungi bait-bait ayat dalam Bahasa Arab yang memuji guru mereka secara keterlaluan.
"Secara asasnya, hukum asal memuji seseorang adalah harus dengan syarat pujian itu pada perkara yang benar dan bukannya dusta.
"JAKIM berharap dengan pemakluman ini dapat meredakan isu tersebut dan tidak menimbulkan perpecahan dalam kalangan masyarakat.
"JAKIM juga dari semasa ke semasa sentiasa memberikan penjelasan kepada masyarakat Islam berkaitan kefahaman akidah yang sahih berteraskan Ahli Sunnah Waljamaah selari dengan saranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)," jelasnya dalam kenyataan tersebut.