fb fb fb fb fb

JAKIM nafi terima dokumen bukti nasab 'Mawla Amin'

Individu digelar sebagai 'Mawla Amin'/TikTok

KUALA LUMPUR, 28 Februari- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menafikan pihaknya menerima sebarang dokumen berhubung nasab 'Mawla Amin' seperti dimaklumkan oleh pihak Nur Al-Mustafa Malaysia dalam sidang media baru-baru ini.

Penafian tersebut dikongsi menerusi satu kenyataan melalui Facebook JAKIM semalam.

Unit Komunikasi Korporat JAKIM berkata, pihaknya tidak menerima sebarang dokumen yang mengandungi bukti berkaitan nasab 'Mawla Amin' daripada pihak berkenaan.

"Susulan kenyataan yang dibuat oleh pihak Nur Al Mustafa Malaysia dalam sidang media yang diadakan berhubung nasab 'Mawla Amin' yang memaklumkan bahawa pihak mereka telah mengemukakan bukti dokumen berkaitan kepada pihak JAKIM.

"Dimaklumkan bahawa JAKIM tidak menerima sebarang dokumen sebagaimana yang dinyatakan," menurut kenyataan itu.

SITI AISHAH MD ISA