fb fb fb fb fb

PBANK turun padang kenal pasti golongan memerlukan

Yang Dipertua PBANK, Datuk Seri Noor Suzana Abdullah

SIK, 28 Februari - Persatuan Bencana Alam Kedah (PBANK) aktif membantu masyarakat memerlukan dengan menziarahi ke kediaman mereka.

Yang Dipertua PBANK, Datuk Seri Noor Suzana Abdullah berkata, menerusi pendekatan lawatan itu pihaknya dapat mengenal pasti bentuk bantuan yang diperlukan.
 
Katanya, bantuan yang disalurkan bukan hanya tertumpu terhadap mereka yang ditimpa bencana malah kepada golongan asnaf, ibu tunggal, anak anak yatim serta keluarga miskin yang memerlukan perhatian.
 
"Saya dapat lebih maklumat apa keperluan mereka sebenarnya, bukan semua. Ada yang perlu beras, gula minyak. Daripada itu apabila kita beramah mesra degan mereka, kita dapat tahu lebih mendalam keperluan sesebuah keluarga, iaitu kebanyakanya perlukan apa?.

"Boleh lah saya bentangkan, inilah keperluan orang yang memerlukan apa keperluan mereka saya maklumkan kepada pihak bank atau mana-mana pihak yang membantu kita," kata Noor Suzana kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 200 penduduk yang berkemampuan, di sini.
 
Sumbangan yang disampaikan ialah berbentuk keperluan asas seperti beras dan bantuan yang disalurkan turut mendapat kerjasama sebuah institusi perbankan iaitu CIMB Foundation.

Dalam program itu, Noor Noor Suzana turut berkesempatan menziarahi dan menyantuni sebuah keluarga daif di Kg Selamat dan menyampaikan sumbangan barangan keperluan dan wang tunai bagi meringankan beban keluarga itu.
 

TETITIA YUSOFF