PUTRAJAYA, 13 Mei - Penglibatan individu wanita yang menjadi pentadbir akaun Telegram mempunyai perkongsian tidak sepatutnya, dipandang serius.
Sehubungan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan kandungan yang terkandung dalam media sosial untuk tindakan lanjut.
“Saya juga telah mengarahkan Jakim untuk memanggil dan membuat pertemuan bersama pihak yang berkaitan dengan memberikan nasihat serta bimbingan,” katanya dalam kenyataan.
Menerusi kenyataan tersebut beliau turut menasihati pihak terlibat agar punyai rasa malu dan menjaga akhlak sebagai umat Islam.
Tambahnya lagi, masyarakat dinasihatkan supaya mengehadkan perbincagan di laman sosial dan tidak membincangkan perkara seperti hubungan intim suami isteri secara terbuka.
(Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar)
Sebelum ini tular di media sosial bahawa terdapat perkongsian seorang wanita dengan nama Ustazah Fatin Fauzi sering memuat naik kandungan mengandungi unsur lucah melampau secara terbuka di media sosial kononnya memberi motivasi isu rumahtangga.
Malah, wanita berkenaan turut mencipta sebuah grup di Telegram untuk dijadikan sebagai tempat para suami isteri meluahkan masalah berkaitan hubungan intim tanpa tapisan.