fb fb fb fb fb

JAIS siasat kumpulan GAZA, didakwa sebar ajaran sesat

SHAH ALAM, 28 Januari - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang menyiasat penyebaran ajaran sesat Gerakan Akhir Zaman (GAZA) yang didakwa mula disebarkan di negara ini.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata setakat ini pihaknya dan JAIS belum menerima sebarang aduan berhubung perkara itu di negeri ini.

"Di Selangor ini banyak, jadi dia sentiasa berkembang dari satu masa ke satu masa. Maka, saya tadi berbincang dengan pengarah JAIS dan juga ketua polis negeri supaya meneliti perkara ini sebelum kita ambil tindakan di peringkat JAIS," kata beliau selepas menghadiri Majlis Perutusan Pengerusi Mais dan Pelancaran Platform K-Guam di Dewan Syarahan dan Muzakarah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

Sebelum ini, tular mengenai kumpulan berasal dari Indonesia yang diberi nama GAZA itu mengajak orang ramai mempercayai seorang lelaki dari Pakistan, Muhammad Qasim Abdul Karim yang mendakwa hanya mengikut kehendak Allah dalam mimpinya.

Gerakan itu menyampaikan mimpi yang dialami Muhammad Qasim secara berleluasa dengan menyatakan ar-Ru'yah ash-Shadaqiah sebagai khabar kenabian seperti yang disampaikan oleh Rasulullah.

Antara dakwaan mimpi lain yang dialami Muhammad Qasim adalah bertemu dengan Allah, bertemu Rasulullah sebanyak 300 kali namun tidak berani memandang baginda serta diberikan amanah oleh Allah untuk berkongsi mimpinya dengan masyarakat.

Selain itu, turut didakwa lelaki itu bermimpi bertemu Dajjal beberapa kali selain dapat melihat Yakjuj dan Makjuj ketika dilepaskan di muka bumi.

 

Media Baharu