LABUAN, 28 Januari - Industri teras di Labuan merangkumi perkapalan, kewangan serta minyak dan gas perlu terus dimapankan bagi menjamin pembangunan sosioekonomi pulau bebas cukai itu.
Pengerusi Perbadanan Labuan, Dato’ Sri Amir Hussien berkata sebagai pulau bertaraf bebas cukai dengan operasi merangkumi aktiviti ekonomi peringkat antarabangsa, fokus utama adalah untuk memudahkan polisi untuk mengembang selain memastikan kesinambungan industri-industri tersebut di Labuan.
"Bahawasanya apabila ada isu-isu yang terkait seperti COVID-19 dan juga isu-isu kemurungan ekonomi dunia menjejaskan sektor ekonomi minyak dan gas, sektor perkapalan dan nampak banyak yang telah keluar dari pulau Labuan dan pulang ke negara masing-masing," katanya dalam lawatan kerja ke victoria sts, antara penyedia perkhidmatan Ship to ship (STS) gas dan cecair (LNG) antarabangsa di labuan.
Perangkaan transaksi ekonomi syarikat tersebut menjangkakan pulangan hingga AS$1billion, petanda kerajaan sedang menuju ke arah pemulihan ekonomi besar-besaran.