(Foto fail)
KUALA LUMPUR, 13 Jun- Masjid perlu diaktifkan semaksimum mungkin sebagai pusat sehenti pangkalan ibadah dan pusat ilmu.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Naim Mokhtar, peranan penting perlu dimainkan oleh pengerusi dan juga kakitangan masjid dalam usaha membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat, seiring dengan inisiatif Malaysia Madani.
"Kita harapkan di situ ada kepelbagaian aktiviti dan program sebab asasnya kita hendak supaya masjid-masjid di Wilayah Persekutuan ini bukan sahaja sebagai tempat ibadah solat tetapi yang paling penting adalah bagaimana masjid ini benar-benar kembalikan falsafah dia pada zaman Nabi S.A.W sebagai pusat pentadbiran, pusat kebajikan, pusat ilmu dan sebagainya," kata Naim di Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Jawatankuasa Kariah Masjid Dan Surau Jumaat Wilayah Persekutuan bagi sesi 2023 hingga 2026 di sini.
Seramai 2,678 anggota kariah melibatkan 90 buah masjid dan 116 surau Jumaat di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan telah dilantik.
Mereka turut diberi pendedahan mengenai Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019.
(Datuk Dr Naim berkata jadikan masjid pangkalan ibadah, pusat ilmu)