fb fb fb fb fb

Jabatan Pendakwaan Syariah perkemas bidang kuasa jenayah

Timbalan Menteri Agama, Dr. Zulkifli Hasan / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 14 Oktober - Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan sedang memperkemas bidang kuasa jenayah bersama jabatan di peringkat negeri.

Timbalan Menteri Agama, Dr. Zulkifli Hasan berkata ia bertujuan menangani pertindahan dan konflik melibatkan mahkamah syariah dengan mahkamah sivil.

Katanya, ia secara tidak langsung memperkasa institusi kehakiman dan syariah negara.

"Penambahbaikan dalam aspek bagi mengelakkan pertindihan ini, kita ada inisiatif yang sedang ditunggu. sebelum ini ada jawatankuasa khas untuk kaji kompetensi DUN menggubal undang-undang Islam kita akan lihat aspek ini," katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat, di sini.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan berhubung isu pertindihan kuasa antara mahkamah syariah dengan sivil.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN