fb fb fb fb fb

Isu tular Cikgu Mohd Fadli, jawatankuasa disiplin bermesyuarat esok

BERA, 16 Oktober- Isu tular berkaitan seorang guru, Mohd Fadli Salleh yang membangkitkan masalah sistem pendidikan berkaitan beg berat serta silibus Matematik mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau memaklumkan telah menghubungi Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali bagi mendapatkan butiran mengenai isu tersebut pagi tadi.

Esok jawatankuasa disiplin akan bermesyuarat mengenai isu tersebut dan keputusan akan dibuat selepas itu.

Perdana Menteri turut berharap keputusan positif secara 'menang-menang' dapat diketahui dan dapat diselesaikan secara baik.

Beliau berkata demikian pada program Moh Ngeteh Bersama Masyarakat India Parlimen Bera, di sini, petang tadi.

Semalam, seorang guru, Mohd Fadli Mohamed Salleh mendakwa bakal dikenakan tindakan buang kerja kerana menyuarakan isu Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) melibatkan sistem pendidikan, beg sekolah, silibus subjek, masa belajar dan bilangan murid di dalam kelas.

Cikgu Fadli mendakwa, tindakan tersebut tidak sepatutnya berlaku memandangkan beliau tidak pernah terlibat dalam sebarang masalah disiplin atau dengan ibu bapa pelajar sekolah.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Berita berkaitan:
Isu pembelajaran di sekolah, menteri terbuka jumpa cikgu Fadli
KPM sangkal dakwaan cikgu Fadli

Dia turut berkongsi gambar surat bertarikh 22 September lalu yang menyatakan dia berdepan tindakan tatatertib sama ada dibuang kerja atau turun pangkat.

Isu itu turut mendapat perhatian Menteri Kanan Pendidikan, Mohd Radzi Md Jidin yang mahu berjumpa Mohd Fadli.

Media Baharu