fb fb fb fb fb

KPM sangkal dakwaan cikgu Fadli

PUTRAJAYA, 16 Oktober- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sangkal dakwaan bahawa seorang cikgu, Mohd Fadli Mohamed Salleh yang kononnya sudah dijatuhi hukuman.

Menurut Ketua Pengarah KPM, Datuk Pkharuddin Ghazali, perkongsian surat yang dibuat seorang cikgu sekolah rendah yang disalah tafsir kononnya sudah dijatuhi hukuman, sebaliknya ia adalah arahan untuk mengemukakan penjelasan berhubung aduan yang diterima terhadapnya.


(Ketua Pengarah KPM, Datuk Pkharuddin Ghazali / Foto FB KPM)

Berita berkaitan:
Isu pembelajaran di sekolah, menteri terbuka jumpa cikgu Fadli

“Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil maklum perkara yang dibangkitkan di media sosial berkaitan Cikgu Mohd Fadli Mohamed Salleh. Untuk makluman, surat yang dihantar kepada cikgu tersebut bukanlah suatu surat yang membawa maksud bahawa hukuman telah dijatuhkan oleh Lembaga Tatatertib. Sebaliknya surat tersebut bertujuan memaklumkan cikgu berkenaan mengenai dakwaan yang telah diterima oleh Pihak Berkuasa Tatatertib serta keperluan untuk beliau mengemukakan representasi (penjelasan) bertulis,” katanya dalam lama sosial Facebook KPM hari ini.

Ujar Pkharuddin lagi, pihak Lembaga Tatatertib dijadualkan bersidang pada Isnin ini bagi mendengar penjelasan berhubung aduan yang diterima terhadap cikgu tersebut.

“Pihak Lembaga Tatatertib telah menerima surat penjelasan daripada Cikgu Mohd Fadli Mohamed Salleh pada 14 Oktober 2022. Lembaga Tatatertib dijadualkan bersidang pada hari Isnin, 17 Oktober 2022,”katanya.

Mengenai prosiding yang dikenakan terhadap Fadli, KPM menjelaskan semua pegawai awam yang berkhidmat dalam kerajaan tertakluk dibawah peraturan-peraturan yang sudah ditetapkan.

“Prosiding tatatertib ini dibuat di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993 yang diguna pakai untuk semua penjawat awam yang sedang berkhidmat termasuk saya sendiri. Saya berharap penjelasan ini dapat memberi kefahaman kepada semua pihak,” katanya.

Media Baharu