fb fb fb fb fb

Lebih RM7 juta disalurkan untuk program CSR YPM

PADANG TERAP, 16 Oktober - Yayasan Pelajaran MARA (YPM) menyalurkan peruntukan lebih RM7 juta bagi melaksanakan program Tanggungjawab Sosial Korporatnya tahun ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata bantuan itu disalur menerusi 10 program utama YPM.

Menurutnya KPLB menerusi YPM mengambil inisiatif membantu Keluarga Malaysia di pedalaman dan luar bandar dengan menyediakan pelbagai bantuan pendidikan dan sumbangan dalam usaha meringankan beban ibu bapa agar anak-anak mereka tidak tercicir dalam bidangpendidikan.

Program CSR YPM termasuklah Tuisyen Pintar YPM@KPLB, Skim Anak Angkat, Program Fast Track SPM dan Program Celik Al-Quran, Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK), Skim Bantuan Persekolahan, Skim Bantuan Khas Persekolahan, Skim Dana Ehsan Pendidikan, Skim Semarak Ilmu dan Skim Pendidikan Tertiari.

(Mahdzir berucap pada
Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Nerang, di Padang Terap)

Mahdzir menyeru lebih banyak syarikat korporat dan individu dapat menghulurkan sumbangan bagi membolehkan lebih banyak progta YPM digerakkan dan setiap sumbangan atau tajaan kepada YPM, akan menerima pengecualian cukai daripada kerajaan.

Tiga program YPM iaitu Skim Bantuan Persekolahan, Skim Bantuan Khas Persekolahan dan Skim Dana Ehsan Pendidikan menerima peruntukan tertinggi iaitu lebih RM2.9 juta.

Program itu memanfaatkan 24,667 pelajar daripada kumpulan B40 di seluruh negara.

Turut hadir, Pengerusi YPM, Datuk Mohd Razman Yaacob dan Ketua Pegawai Eksekutif YPM, Mohd Amran Mohd Ariffin.

Pada majlis sama, Mahdzir menyampaikan sumbangan CSR YPM kepada 18 buah sekolah di daerah Padang Terap berjumlah RM95,000.




Media Baharu