fb fb fb fb fb

Isu tanah Kuala Kedah: Tiada sebarang pemalsuan dokumen ditemui polis

Menteri Dalam Negeri , Datuk Seri Saifuddin Nasution / Foto BERNAMA

KULIM, 9 November-Polis tidak menemui sebarang pemalsuan dokumen dalam isu tanah Kuala Muda seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menteri Dalam Negeri , Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya akan meneruskan siasatan lanjut berikutan telah menerima laporan berkenaan daripada pengadu.

"Perkara ini berlarutan terlalu lama kes itu sudah lama. Apa yang jelas adalah pertikaian itu sudah sampai ke Mahkamah Persekutuan.

"Keputusan dibuat Mahkamah menunjukkan bahawa  keputusan tidak berpihak kepada pengadu", katanya demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Sua Mesra KDN di Sekolah Kebangsaan Ladang Dublin, di sini yang turut dihadiri Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh.

Tambah beliau, pihaknya turut kesal isu itu dimanipulasikan untuk mencetuskan sensitiviti perkauman meskipun ia hanyalah pertikaian antara rakan perniagaan meskipun sudah ke Mahkamah Persekutuan sudah membuat keputusan.

Sebelum ini media melaporkan,polis menafikan dakwaan yang dibuat oleh individu tertentu kononnya tidak mengambil tindakan terhadap laporan yang dibuat berhubung isu pertikaian TOL (lesen menduduki sementara) ke atas sebidang tanah di Kuala Kedah.

Malah tiada sebarang unsur gangsterisme dalam isu berkenaan sebagaimana yang didakwa oleh individu-individu terbabit di dalam video yang tular di media sosial.

Berdasarkan siasatan, pertikaian antara individu terbabit bersama seorang lagi individu lain tercetus sejak tahun 2013 dan telah dibawa ke peringkat mahkamah.

Sementara itu Kementerian Dalam Negeri (KDN) kesal dengan tindakan seorang khatib yang mengulas mengenai pemberian warganegara kepada lebih satu juta rakyat China dalam khutbah Jumaat di sebuah masjid di Parlimen Padang Serai di sini, semalam. 

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya menerima aduan awal mengenai kejadian itu sekali gus ia mencemarkan institusi masjid. 

"Apabila pentas khutbah dijadikan kononnya untuk mengupas isu semasa, bukan sahaja maklumatnya tersasar  sudah jadi fitnah dan apa pilihan yang ada pada anak-anak jemaah.

"Mereka tak mampu untuk beredar sebab nak solat Jumaat, jadi ini adalah satu yang sangat dikesalkan kerana mencemarkan sama sekali institusi masjid", katanya.

Beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah menerima laporan membabitkan kejadian itu dan akan terus memantau perkembangan kes berkenaan. 

Katanya, Pasukan Khas 3R Bukit Aman akan melengkapkan siasatan sekiranya membabitkan aspek 3R iaitu salah guna institusi masjid untuk semarak perasaan kebencian dan permusuhan berasaskan perkauman.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD