fb fb fb fb fb

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

KUALA LUMPUR, 6 Februari - Kementerian Pertahanan akan menjawab persoalan berhubung isu sewaan 28 helikopter jenis AW139 bernilai RM16.6 bilion pada 20 Februari ini.

Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau akan memberi penjelasan mengenai isu itu di Dewan Rakyat semasa sesi penggulungan tidak lama lagi.

Menurut beliau, kelebihan pendekatan itu sudah dihujah ketika sesi penggulungan Belanjawan 2025 (Peringkat Dasar) yang lalu dan oleh Perdana Menteri semasa menjawab pertanyaan lisan di Dewan Rakyat pada 28 November 2024.

"Walau bagaimanapun, perkara tersebut akan turut diulas dan dijawab sekali lagi oleh saya semasa sesi penggulungan kementerian bagi perbahasan kali ini yang dijadualkan pada 20 Februari," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Ketua Pembangkang pada Selasa mempersoalkan sewaan helikopter tersebut yang dilihat amat besar berbanding pembelian 32 helikopter jenis sama oleh negara lain.

GRACE AISYAH KEDAYAN