KUALA LUMPUR, 4 Mei- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua pihak agar menangguhkan sebarang tindakan atau mengeluarkan kenyataan berhubung isu Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Bhd (PETROS) atas dasar kepentingan bersama.
Beliau berkata perbincangan lanjut bagi memuktamadkan isu tersebut akan diadakan segera selepas kepulangan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dari lawatan rasmi ke London, United Kingdom.
“Saya telah berkesempatan bercakap dengan Premier Sarawak Abang Johari Openg semalam mengenai urusan PETRONAS-PETROS berdasarkan prinsip yang telah disepakati sebelum ini.
"Saya mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa isu ini dapat dirungkai dengan berhemah dengan berdiri teguh di jalur wacana yang sihat dan bermakna, Insya-Allah", kata Datuk Seri Anwar menerusi hantaran di Facebook.