fb fb fb fb fb

Isu penempatan penduduk Kampung Setia Jaya ke arah penyelesaian positif - Fahmi

FOTO FB Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 28 Disember- Isu penempatan penduduk Kampung Setia Jaya di sini yang telah tertangguh selama 30 tahun kini ke arah penyelesaian positif.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang juga jurucakap kepada Kerajaan Perpaduan berkata, satu pertemuan diadakan hari ini melibatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dengan wakil pemilik tanah iaitu TAR Education Foundation.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan dan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri turut menyertai pertemuan berkenaan.

Menerusi perbincangan tersebut, penggantian rumah kepada penduduk akan diperincikan dengan lebih lanjut.

Selain itu, penduduk juga boleh terus menduduki tanah berkenaan, sementara isu penempatan mereka diselesaikan.

"Alhamdulillah, kini ke arah penyelesaian positif.

"Insya-Allah, kerajaan yakin isu ini akan dapat diselesaikan setelah lebih 30 tahun tertangguh," kata Fahmi menerusi Facebooknya hari ini.

SITI AISHAH BINTI MD ISA