fb fb fb fb fb

Isu nasional perlu dibawa ke Jawatankuasa MKI

Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar

KUALA LUMPUR, 21 Januari- Institusi mufti dinasihatkan untuk membawa sebarang isu yang bersifat nasional ke Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) sebelum mengeluarkan sebarang jawapan terhadap isu itu kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.

Beliau dalam satu hantaran di facebook berkata, proses penyediaan jawapan bagi sebarang isu boleh ditambah baik dengan disertakan hujah yang konkrit serta jalan penyelesaian.

"Ia tidak boleh tergantung supaya tidak timbul kegusaran dalam masyarakat awam. Perkara tersebut perlulah dipertimbangkan secara menyeluruh selain penjelasan yang terperinci," kata Na'im ketika mengulas jawapan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di laman sesawangnya berkenaan pekerja beragama Islam di bank konvensional agar mencari pekerjaan lain.

Ia disebabkan pandangan bahawa institusi kewangan tersebut mempunyai muamalat berasaskan riba yang boleh menjurus kepada hukum haram.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI