fb fb fb fb fb

Isu MB Kedah, polis akan ambil tindakan sewajarnya

AIR ITAM, 15 Julai- Pihak polis akan menjalankan siasatan sewajarnya terhadap laporan polis yang dibuat terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh berkata polis mempunyai kepakaran dan pengalaman menyiasat laporan terhadap Muhammad Sanusi.

"Difahamkan, terdapat banyak laporan polis dibuat. Siasatan sedang dijalankan dan saya yakin bahawa polis akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap laporan tersebut," katanya kepada pemberita selepas Karnival Bukit Gelugor di pekarangan Flat Kampung Melayu di sini.

Difahamkan, hampir 32 laporan polis terhadap menteri besar Kedah dibuat kerana didakwa menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Seri Razarudin Husain mengesahkan polis menyiasat Muhammad Sanusi berhubung kenyataannya yang didakwa menyentuh isu 3R berkait agama, kaum dan institusi diraja.

Beliau berkata kes 3R disiasat mengikut Kanun Keseksaan, Akta Hasutan 1948 dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.


(Sebelum ini, hampir 32 laporan polis terhadap Menteri Besar Kedah itu kerana
didakwa menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah)

Media Baharu