fb fb fb fb fb

400 Klinik Kesihatan daif dibaik pulih, naik taraf

(Dr Zaliha Mustafa beramah mesra bersama jururawat semasa melakukan lawatan kerja ke klinik daif di Klinik Desa Pulau Bahagia, Manir/BERNAMA)

KUALA TERENGGANU, 15 Julai- Sebanyak 400 Klinik Kesihatan daif di seluruh negara telah mendapat kelulusan Kementerian Kewangan untuk dinaik taraf.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, setakat ini 1,200 Klinik Kesihatan yang daif dan uzur sudah dikenal pasti dan dijangka bertambah sehingga akhir tahun ini di seluruh negara.

Semua fasiliti kesihatan yang dikenal pasti itu diperolehi Kementerian Kesihatan melalui semua pejabat kesihatan negeri di seluruh negara.

Terdapat tiga kategori klinik daif iaitu kategori uzur yang berusia 15 tahun, klinik yang mempunyai masalah berkaitan utiliti dan kerosakan bangunan.


(Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa/BERNAMA)

"Kemungkinan besar jika ada dalam masa sehingga akhir tahun ini masih ada lagi penjimatan-penjimatan, jadi jumlah itu mungkin akan bertambah, sebab saya telah sebut tiga kategori yang kita masukkan dalam klinik daif, biasanya bila permohonan diminta, permohonan itu akan melihat apa yang hendak diperbaiki, dalam kategori yang kita hendak baiki itu ada penjimatan", katanya dalam sidang media semasa lawatan meninjau Klinik Desa Kesihatan Pulau Bahagian, Manir, Kuala Terengganu.

KKM juga akan menaiktaraf dan baik pulih 58 fasiliti Klinik Kesihatan di Terengganu dengan peruntukan RM8.9 juta, tahun ini.

Sehingga kini, 21 projek telah pun siap sepenuhnya dan selebihnya akan selesai hingga hujung tahun Ini.

Sementara itu, KKM turut meluluskan RM350,000 bagi menaik taraf sistem elektrik dan pembelian peralatan perubatan di negeri itu.

Media Baharu