fb fb fb fb fb

Fokus tawaran polisi, dasar untuk rakyat ketika berkempen- Mohd Na'im

(Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar)

TUMPAT, 15 Julai- Parti politik diingatkan tidak menggunakan elemen kaum, agama dan raja (3R) sebagai bahan kempen bagi meraih sokongan menjelang Pilihan Raya Umum DUN ke-15.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata kempen sewajarnya menjurus kepada tawaran polisi dan dasar yang bakal diperjuang demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat.

Malah katanya harus tidak menyalahgunakan institusi agama termasuk masjid serta surau untuk tujuan politik.

"Kita berkempen atas dasar polis yang kita perjuangkan untuk kebaikan rakyat, saya ingat kalau kita boleh tumpukan kepada polisi dan dasar tadi kebaikan.InsyaAllah kita boleh kempen dalam keadaan yang baik, rakyat kita bersatu padu walaupun berlainan idealogi dan juga kepartian," katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau turut mengingatkan semua pihak supaya tidak menyalahgunakan institusi agama termasuk masjid serta surau untuk tujuan politik.

"Garis panduan itu jelas apa yang boleh dan tidak boleh di buat dalam masjid tetapi kalau masih ada yang salah guna, kita serahkan kepada penguatkuasa agama negeri untuk ambil tindakan," katanya.

Terdahulu, Dr Mohd Na'im merasmikan Karnival Al-Falah 2023 di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Laut, Tumpat yang turut di hadiri Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Zamri Zainal Abidin.


(Datuk Dr Mohd Na'im hari ini merasmikan Karnival Al-Falah 2023 di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Laut, Tumpat)

Pada majlis sama beliau turut menyerahkan peruntukan hampir RM3 juta menerusi agensi-agensi di bawah kementeriannya kepada penerima-penerima bersasar.

Peruntukan diberikan dalam pelbagai bentuk termasuk Bayt Ar Rahmah iaitu projek bina dan baik pulih rumah, Bakul Rahmah Madani, sumbangan Tunai Rahmah kepada murid- murid berkeperluan khas, peralatan hospital dan sebagainya.

Media Baharu