fb fb fb fb fb

Isu kesesakan di ED HRPB akan diselesaikan secepat mungkin- Sivanesan

(Jabatan Kecemasan dan Trauma (ED), Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh)

IPOH, 13 Disember- Isu kesesakan di Jabatan Kecemasan dan Trauma (ED), Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh mendapat perhatian Exco Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Masyarakat India, A.Sivanesan.

Beliau dan pengurusan tertinggi HRPB akan mengadakan perjumpaan dengan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara itu.

Jelasnya, beberapa langkah telah diambil sebelum ini bagi mengatasi masalah tersebut termasuk cadangan menaiktaraf dan memperluaskan Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital berkenaan.

"Masing-masing telah bersetuju untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin. Masalah ini kita tidak dapat atasi dalam sekelip mata, jadi kita perlu sedikit masa lagi.

"Kita perlukan bajet daripada kerajaan persekutuan, April lalu permohonan telah dihantar beserta alasan dan bukti-bukti,"katanya.

Sivanesan ditemui ketika mengadakan lawatan ke HRPB susulan laporan sebuah portal mengenai pesakit kritikal yang tidak menerima rawatan sepatutnya di ED.

Mengulas lanjut, beliau berkata setiap pesakit yang hadir ke ED akan diberikan rawatan sebaiknya oleh doktor berpengalaman dan tidak akan dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang pemeriksaan.


(Exco Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Masyarakat India, A.Sivanesan)

Media Baharu