fb fb fb fb fb

Isu kebersihan keutamaan PBT, Ahli Majlis penggerak utama pelaksanaan

Isu kebersihan keutamaan PBT, Ahli Majlis penggerak utama pelaksanaan

SHAH ALAM, 18 Disember - Isu kebersihan perlu diberi perhatian serius di peringkat pihak berkuasa tempatan, dengan Ahli Majlis memainkan peranan penting dalam memastikan pelaksanaannya.

Ini termasuk melalui pemantauan berterusan, sokongan terhadap tindakan penguatkuasaan serta penglibatan aktif bersama komuniti, bagi membentuk sikap dan budaya bertanggungjawab terhadap kebersihan persekitaran.

Exco Kerajaan Tempatan, Datuk Ng Suee Lim berkata, keupayaan Ahli Majlis menyampaikan maklumat yang tepat, konsisten dan berfakta dilihat penting bagi membina kefahaman awam serta mengelakkan kekeliruan atau salah tafsir terhadap sesuatu dasar yang dilaksanakan.

"Kerajaan Negeri terus menekankan kepentingan peranan Ahli Majlis sebagai penggerak utama dalam memastikan kemajuan dan kesejahteraan rakyat dapat direalisasikan secara menyeluruh," katanya ketika berucap pada Majlis Apresiasi Ahli Majlis PBT Negeri Selangor Penggal 2024–2025 di sini, malam Rabu.

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN