KUALA LUMPUR, 7 November- Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding berhubung kerugian pelaburan oleh Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) terhadap Fashionvalet.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, PAC akan memanggil Khazanah dan PNB susulan kerugian pelaburan dana awam berjumlah RM43.9 juta dalam syarikat itu.
Prosiding dijangka akan diadakan pada minggu kedua Disember 2024.
"PAC akan memulakan prosiding berhubung kerugian pelaburan oleh Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) terhadap sebuah perniagaan fesyen dalam talian tempatan iaitu Fashionvalet melibatkan kerugian pelaburan dana awam berjumlah RM43.9 juta dengan memanggil Khazanah dan PNB. Prosiding dijangka akan diadakan pada minggu kedua Disember 2024", katanya pada sidang media di Lobi Parlimen.
Dalam pada itu, PAC akan memangil semula Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) bagi menjelaskan isu yang sedang melanda syarikat berkenaan.
Prosiding untuk NAFAS ditetapkan pada minggu kedua Disember depan.