fb fb fb fb fb

Universiti terbaik di Asia: UITM raih tempat ke-101 kedudukan terbaik

Universiti Teknologi Mara di kedudukan ke-101

SHAH ALAM, 7 November – Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus membuktikan kecemerlangannya dengan meraih tempat ke-101 daripada 984 universiti di Asia dalam QS Asia University Rankings 2025.

Kedudukan itu sekali gus menempatkan UiTM dalam kelompok 10 peratus teratas universiti terbaik Asia.

Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin berkata pencapaian itu hasil usaha fakulti, pelajar, dan kakitangan UiTM dalam mengekalkan kedudukan antarabangsa.

“Fokus institusi ini adalah untuk meningkatkan standard akademik, penyelidikan inovatif, dan penglibatan masyarakat yang membezakan institusi ini.

"Kedudukan tahun ini menekankan peningkatan yang ketara dalam beberapa indikator utama dalam sejarah UiTM," katanya menerusi kenyataan hari ini.

UiTM mencatat skor tertinggi bagi rangkaian penyelidikan antarabangsa (93.1), reputasi majikan (82.8), dan reputasi akademik (76), yang meningkat 45 peratus berbanding tahun lalu.

UiTM berhasrat terus memperkukuh kemampanan dan tanggungjawab sosial, selari dengan komitmennya untuk memajukan pendidikan tinggi Malaysia.

"Pencapaian ini mencerminkan strategi penglibatan dan kolaborasi UiTM yang berkesan sehingga mendapat pengiktirafan dan persepsi positif daripada pakar akademik global," tambahnya.

GRACE AISYAH KEDAYAN