(FOTO FAIL/BERNAMA)
KUALA LUMPUR, 14 September - Isu berkaitan keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu segera dinoktahkan di Parlimen.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata ini bagi mengelakkan sistem perundangan dan pentadbiran negara terus menerima kritikan.
Sekali gus menzahirkan pelan integriti berdasarkan nilai murni Kerajaan Madani yang dihasratkan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMKe-12),
"Saya rasakan Peguam Negara perlu pikul tanggungjawab ni dan amat sesuai. ini adalah hak Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JKPK) Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi akan panggil peguam negara yang lepas dan sedang dapatkan penjelasan," kata Abdul Hassan, di sini.
(Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim ketika
membahaskan usul KSP RMKe-12, di Dewan Rakyat)
Selasa lalu, Jawatankuasa Pilihan Khas ParlimenĀ Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi mengeluarkan kenyataan untuk memanggil Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.
Malah bekas Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun turut dipanggil untuk beri penjelasan lanjut berkaitan isu berkenaan.