
KUALA LUMPUR, 2 Julai – Isu-isu yang dibangkitkan berkenaan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel), akan diteliti Kementerian Kewangan.
- Perkara dibawa ke mesyuarat jemaah menteri susulan pelaksanaan program bermula 1 Julai.
- Jemaah menteri menerima pelbagai pandangan dan maklum balas, khususnya dari kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.
- Harga diesel ditetapkan RM2.10 seliter dengan kuota asas 200 liter; pikap dan jeep boleh mohon tambahan 100 liter.
- Kenyataan dibuat pada Sidang Media Mingguan di Angkasapuri Kota Media oleh Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat jemaah menteri, susulan pelaksanaannya yang bermula 1 Julai.
Jelasnya, jemaah menteri telah menerima beberapa pandangan dan maklum balas berhubung pelaksanaan program tersebut, khususnya di pedalaman Sabah dan Sarawak.
“Bermula 1 Julai 2026 boleh menikmati pembelian diesel pada harga RM2.10 seliter dan dengan kuota asas sebanyak 200 liter, manakala bagi pemandu pikap dan jeep disediakan tambahan kuota 100 liter berdasarkan permohonan.
“Jemaah menteri juga telah menerima beberapa pandangan dan maklum balas berhubung pelaksanaan program Budi Diesel Madani, khususnya berkait kuota bagi kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak. Kementerian Kewangan telah diminta untuk meneliti isu-isu yang dibangkitkan untuk perbincangan lanjut,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Sidang Media Mingguan di Angkasapuri Kota Media.