fb fb fb fb fb

Isu Beras: Kerajaan peruntuk subsidi hampir RM400 juta

BENTONG, 2 Oktober- Kerajaan persekutuan memperuntukkan subsidi hampir RM400 juta agar memastikan semua premis kerajaan menggunakan beras import sebagai langkah meningkatkan bekalan beras tempatan dalam pasaran.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ketika ini jumlah penggunaan beras tempatan melibatkan semua premis kerajaan adalah sebanyak lima peratus dan ia akan dipulangkan semula.

Subsidi itu bagi membantu penggunaan beras tempatan digantikan dengan beras import dalam angkatan tentera, polis, jabatan kerajaan dan sekolah berasrama bagi meningkatkan bekalan beras tempatan dalam pasaran.

Perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat bersama Kementerian Kewangan serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) pagi tadi.

Keberkesanan tindakan itu akan dinilai dan dikaji semula selepas seminggu.

"Untuk seminggu ini, kita akan kaji semula. Saya telah beritahu kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu, untuk melihat keadaan ini.

"Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) diminta untuk terus aktif mengikuti perkembangan berkenaan kekurangan beras dalam negara. Sekiranya kurang, FAMA perlu hantar tambahan beras ke kawasan terlibat, kita akan bayar pada FAMA," katanya ketika berucap pada Karnival Segalanya Felda Siri Ketiga di Felda Chemomoi di sini.

Bagi beras import di Sabah dan Sarawak disubsidikan dan dijual pada harga RM31.00 berbanding harga pasaran RM40.00 bagi 10 kilogram.

Ia berikutan dua negeri itu tidak mempunyai beras tempatan.

Anwar berkata, beberapa negara turut mengalami kenaikan harga beras disebabkan keputusan 18 negara mengehadkan eksport beras namun, harga beras tempatan Malaysia terkawal dengan tambahan subsidi oleh kerajaan.

(Anwar Ibrahim berucap pada Karnival Segalanya Felda Siri Ketiga di Felda Chemomoi)

 

Media Baharu