fb fb fb fb fb

Kerajaan stabil penting untuk negara

BENTONG, 2 Oktober- Negara perlukan kerajaan yang kukuh dan stabil bagi memastikan kepentingan dan kebajikan rakyat dijaga sebaiknya kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara tersebut amat penting bagi meningkatkan ekonomi sekali gus membuka lebih banyak peluang pelaburan dalam negara.

Anwar berkata, Pahang perlu dijadikan contoh terbaik dalam mengurus tadbir kawasan-kawasan Felda bagi membantu peneroka dan generasi kedua.

"Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail telah melaksanakan program untuk perumahan Felda.

"Kerajaan negeri telah mula melaksanakan perkara itu, kita tiada masalah untuk membantu," katanya dalam ucapan sempena Karnival Segalanya Felda di Felda Chemomoi di sini.

Pengerusi Felda Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek turut hadir pada program itu.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri telah menyelesaikan sebanyak 95 peratus daripada 43,126 peneroka Felda di Pahang yang telah menerima surat hak milik mereka.

Selain itu, kerajaan Pahang telah memperuntukkan RM200 juta untuk menyiapkan Projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) yang terbengkalai di negeri itu selain memperbaiki rumah tergendala pembinaannya.

(Anwar Ibrahim)

Media Baharu