fb fb fb fb fb

Isu bekalan air di Bawang Assan akan diberi perhatian - Dr Sim

Dr Sim (tengah) menghadiri sambutan ulang tahun ke-65 Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan pra-Gawai anjuran SUPP cawangan Bawang Assan hari ini

SIBU, 26 Mei - Kerajaan negeri akan memberikan perhatian terhadap isu bekalan air di Bawang Assan, yang telah membelenggu penduduk di kawasan sekitar sejak sekian lama.

Menurut Timbalan Premier, Datuk Amar Prof. Dr. Sim Kui Hian ia sebahagian usaha kerajaan negeri dalam membangunkan Sibu melalui Projek Pembangunan Semula Bukit Assek yang dijangka bermula pada 2026.

"Saya juga akan berbincang dengan Datuk Seri Julaihi Narawi (Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak) untuk melihat bagaimana kita boleh membangunkan Bawang Assan," katanya pada sambutan ulang tahun ke-65 Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan pra-Gawai anjuran SUPP cawangan Bawang Assan di sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, pihak konsultan dari Denmark telah meninjau sebanyak 18,000 hektar tanah dan sistem perparitan di negeri ini.

Dr Sim berkata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Openg secara konsisten menyokong usaha membangunkan Bawang Assan.

GRACE AISYAH KEDAYAN