fb fb fb fb fb

Isu banjir di Jalan Kampung Sembrong Dalam antara fokus KKR

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan

KLUANG, 12 September - Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memfokuskan antaranya menyelesaikan isu banjir di Jalan Kampung Sembrong Dalam, di sini yang melibatkan kerjasama daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). 

Timbalan Menteri KKR Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, isu banjir itu memberi kesan kepada 200 penduduk di kawasan berkenaan sejak 2012. 

Menurut beliau, pelbagai usaha telah dijalankan sejak 2021 hingga kini bagi mengatasi isu tersebut dan pelan kerja lengkap berhubung penyelesaiannya akan diserahkan kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) untuk tindakan lanjut. 

"Saya hendak maklum mereka telah bertahun-tahun alami masalah ini, ia tidak boleh secara 'piecemeal' ia tidak boleh tambah sana tambah sini, ia perlu dibuat secara keseluruhan, jadi sebab itulah dihantar kertas kerja kepada KKDW," kata Ahmad Maslan.

Beliau ditemui pemberita semasa membuat lawatan kerja di Jalan Kampung Sembrong Dalam (J14), di sini.

Antara kerja-kerja yang telah dijalankan di lokasi itu ialah projek pembaikan bahu jalan, naik taraf fasa satu dan dua, serta pembaikan longkang berbentuk U, melibatkan kos keseluruhan RM1.1 juta.

Dalam pada itu Ahmad Maslan memberitahu, KKR sedang membina longkang berbentuk V sepanjang satu kilometer di Jalan Padang Tembak, di sini bagi mengatasi isu banjir di kawasan itu. 

TETITIA YUSOFF