fb fb fb fb fb

Istana Negara jadi tumpuan, pengamal media berkumpul seawal 7.30 pagi

KUALA LUMPUR, 21 November- Pengamal media mula berkumpul di perkarangan Istana Negara seawal pukul 7.30 pagi bagi mendapatkan perkembangan semasa situasi pasca-Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Situasi aman tanpa sebarang insiden, dengan kawalan ketat anggota polis dan petugas keselamatan.

Setakat pukul 11.30 pagi, tiada kelibat kenderaan keluar dan masuk dilihat membawa ketua parti pada laluan Pintu 2 Istana Negara.

Istana Negara menjadi tumpuan semua pengamal media apabila gabungan parti politik yang dipersetujui perlu mengemukakan nama seorang Ahli Parlimen yang mendapat kepercayaan majoriti untuk menjadi calon Perdana Menteri ke-10 kepada Yang di-Pertuan Agong, sebelum pukul 2.00 petang.

(Pengamal media dilihat berkumpul di perkarangan Istana Negara) 

Media Baharu