fb fb fb fb fb

Gabungan parti tubuh kerajaan, keputusan akan dibuat Dewan Tertinggi BN

KUALA LUMPUR, 21 November- Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan sebarang keputusan mengenai gabungan parti hanya akan diputuskan oleh Dewan Tertinggi Barisan Nasional.

Sebarang keputusan yang dibuat wajib diikuti oleh semua Ahli Parlimen Barisan Nasional yang bertanding menggunakan tiket parti itu.

Beliau berkata kenyataan mana-mana gabungan yang memasukkan BN bersama mereka bagi menubuhkan kerajaan adalah tidak benar.

Tambahnya, satu jawatankuasa telah dibentuk untuk mengadakan perbincangan dengan parti berkaitan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Hotel Seri Pacific yang disertai oleh 26 ahli parlimen BN.

Sementara itu, Bendahari Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kekal dengan pendiriannya menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

“Seperti saya tegaskan kelmarin dan sebelum ini lagi, tetap menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

“Saya rela dipecat oleh parti namun tidak akan sesekali mengubah pendirian teguh ini. No Anwar, No DAP - pihak yang merasakan boleh mengambil tindakan memecat saya kerana berpegang kepada pendirian ini, silakan,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Hishammuddin yang berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Sembrong menerusi catatan di laman sosial Facebooknya semalam menyatakan pendiriannya untuk tidak bekerjasama dengan PH.

Media Baharu