fb fb fb fb fb

Pemimpin BN dan PH adakan pertemuan

(Datuk Seri Mohamad Hasan)

KUALA LUMPUR, 21 November- Beberapa pemimpin dilihat tiba di perkarangan Hotel Seri Pacific untuk menghadiri pertemuan diantara pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Antara pemimpin yang tiba sejak 10.00 pagi tadi adalah Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Sementara wakil daripada PH ialah Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari.


(Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob)

Media Baharu