fb fb fb fb fb

JPN cawangan Melaka Tengah ditutup bermula 1 Disember

MELAKA, 21 November- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Melaka memaklumkan cawangan JPN Melaka Tengah akan ditamatkan pengoperasiannya pada 1 Disember ini.

Jabatan itu dalam satu kenyataan memaklumkan penutupan cawangan itu sebagai sebahagian daripada proses rasionalisasi bagi memperkasa perkhidmatan JPN di seluruh negara.

"Berikutan itu, perkhidmatan kaunter hanya akan beroperasi sehingga 30 November dan sebarang urusan berkaitan pendaftaran boleh dilakukan di Ibu Pejabat Negeri atau JPN cawangan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka atau mana-mana pejabat JPN berhampiran," menurut kenyataan itu.

(Foto fail)

Sebarang pertanya boleh hubungi Pejabat Perkhidmatan Pelanggan JPN Melaka di talian 06-2326881/ 06-2326600 atau e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Media Baharu