fb fb fb fb fb

'Nostalgika Cinta' gamatkan Konsert Suara 34 Zon Utara

Konsert Suara 34 Zon Utara berlangsung di Auditorium PERAKfm di sini, malam tadi.

IPOH, 15 Jun - Lebih 600 penonton hadir memeriahkan Konsert Suara 34 Zon Utara yang berlangsung di Auditorium PERAKfm di sini, malam tadi.

Gabungan penyanyi lagenda dan muda berkongsi satu pentas menghangatkan suasana.

Konsert turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah (Penyiaran Strategik) RTM, Nasaruddin Abdul Muttalib dan Pengarah Program Radio, Saifuzzaman Yusop serta Pengarah RTM Perak, Karim Sadiran. 

Salah seorang penonton, Insani Hassani menyifatkan konsert bertemakan 'Nostalgika Cinta', amat menghiburkan.

"Konsert mengetengahkan barisan artis lama dan baharu yang membawa pelbagai genre lagu mengamit kenangan saya pada masa lalu," katanya.

Seorang lagi penonton, Fizi Hamzah juga teruja dan berpuas hati dengan persembahan artis. Lagu yang didendangkan mengamit kembali nostalgia bagi dirinya yang lahir pada era 70an.

Konsert Suara 34 Zon Utara menampilkan Datuk Jamal Abdillah, Liza Hanim, Haqiem Rusli, Aris Ariwatan, Shiha Zikir, Ayai Ilusi dan Suki Low.

NORAINI BINTI WAHIB