fb fb fb fb fb

Pasangan warga emas ditemukan meninggal dunia di Raub

Foto fail

KUANTAN, 14 Jun - Sepasang suami isteri warga emas ditemukan meninggal dunia di kediaman mereka di Kampung Sungai Ruan, Raub, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Raub Superintenden Mohd Shahril Abd Rahman dalam kenyataan berkata, pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah dan keadaan rumah berada dalam keadaan baik

"Mayat Wong Tong Seng, 75, ditemukan dalam keadaan terbaring dan sudah berulat di hadapan sinki dapur, manakala mayat isterinya Loh Kam Ngo, 73, ditemukan dalam keadaan terbaring di bucu katil dalam bilik tengah rumah berkenaan," katanya dalam kenyataan.

Punca kematian kedua-dua mangsa disebabkan Sindrom Koronari Akut (serangan jantung).

Mohd Shahril berkata mangsa wanita menghidap penyakit Parkinson sejak 20 tahun lepas, manakala suaminya pula dilaporkan pernah menerima rawatan jantung di Klinik Kesihatan Ulu Gali, dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

TETITIA YUSOFF