fb fb fb fb fb

Kerajaan setuju segerakan penubuhan Akademi Sepak Takraw

Penubuhan Akademi Sepak Takraw Malaysia akan direalisasikan menjelang hujung tahun ini - Foto FB JBSNegara

KUALA LUMPUR, 14 Jun - Kerajaan bersetuju menyegerakan kelulusan peruntukan bagi penubuhan Akademi Sepak Takraw Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kelulusan itu bagi merealisasikan penubuhan akademi berkenaa menjelang hujung tahun ini.

Usaha menubuhkan akademi itu susulan kejayaan membanggakan yang ditonjolkan pasukan sepak takraw negara di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

 

Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Sambutan Hari Belia Negara 2025 di Dataran Merdeka - Foto FB JBSNegara

"Tentunya bola sepak menjadi salah satu tarikan yang kuat dikalangan anak muda, tetapi sepak takraw mencatat prestasi yang membanggakan diperingkat serantau dan dunia serta menarik semua (anak muda) di bandar dan desa hingga setiap kampung ada pasukan sepak takraw.

"Kita hidupkan kerana ada kaitan dengan seni dan budaya kita. Oleh itu saya setuju untuk menyegerakan kelulusan penubuhan akademi sepak takraw," katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Belia Negara 2025 di Dataran Merdeka, hari ini.

Mengulas mengenai penubuhan akademi berkenaan, Perdana Menteri berkata, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh telah memohon peruntukan berjumlah RM6 juta bagi tujuan itu.

MUHAMMAD APENDY BIN ISSAHAK