IPU Johan Setia hampiri tahap sangat tidak sihat

Keadaan jerebu di Shah Alam / Foto fail BERNAMA

KUALA LUMPUR, 19 September – Sebanyak 33 lokasi di seluruh negara merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 9 pagi ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Johan Setia catat bacaan IPU tertinggi 196, diikuti Kuching 191.
  • Kawasan lain juga tidak sihat: Samarahan 183, Nilai 181, Serian 178, Seri Manjung 175, Putrajaya 174.
  • Beberapa lokasi rekod IPU sederhana; Sandakan dan Kota Kinabalu rekod tahap baik.

Menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Johan Setia merekodkan bacaan tertinggi iaitu 196, diikuti Kuching dengan bacaan 191.

Samarahan merekodkan bacaan 183, Nilai (181), Serian (178), Seri Manjung (175) dan Putrajaya (174).

Tasek Ipoh, Shah Alam dan Seremban masing-masing merekodkan bacaan 171.

Sebanyak 33 lagi lokasi mencatatkan IPU pada tahap sederhana, antaranya Taiping, Tawau, Rompin, Kuala Terengganu, Kapit, Minden dan Sungai Petani.

Sementara itu, Sandakan dan Kota Kinabalu merekodkan bacaan IPU pada tahap baik.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.