fb fb fb fb fb

investED perkukuh sistem pendidikan tinggi

(Foto BERNAMA)

BUKIT KIARA, 19 Jun- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan Program Graduan Pasaran Modal (CMGP), hari ini. 

Semasa pelancaran, beliau turut mengumumkan nama rasmi inisiatif tersebut iaitu investED. 

Perdana menteri menyatakan investED merupakan usaha yang dapat membantu menangani masalah ketidakpadanan antara kemahiran graduan dengan keperluan yang dikehendaki oleh industri. 

"Ia juga akan membantu 9,000 mahasiswa mengembangkan kemahiran dalam industri pasaran modal. 

"Program berkenaan selaras dengan dasar kerajaan untuk memperkukuh sistem pendidikan tinggi melalui kerjasama sektor awam dan swasta dalam melahirkan tenaga kerja mahir bagi memenuhi keperluan pasaran pekerjaan," katanya kepada pemberita di sini.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu