fb fb fb fb fb

Integrasi agama, budaya dan bangsa perkasa perpaduan rakyat

(Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) disambut sahabat lamanya Beh Song Wan, ketika menziarahi keluarga besar Beh sempena sambutan Tahun Baharu Cina
di Taman Desa Bersatu/BERNAMA)

BAGAN DATUK, 23 Januari- Integrasi agama, budaya dan bangsa menjadi elemen penting sebagai pemangkin kuat dalam menyatukan semua rakyat di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata elemen penting itu tidak seharusnya menjadi garis pemisah antara pelbagai kaum.

Beliau berkata masyarakat yang benar-benar teguh hanya dilahirkan melalui persefahaman antara masyarakat berbilang kaum.


(Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi)

"Semua bangsa hendaklah memahami budaya yang berbeza, agama yang berbeza, bahasa yang berbeza dan cara menyantuni ini akan melahirkan masyarakat yang benar-benar berpadu.

"Kita tidak mahu perbezaan-perbezaan ini menyebabkan garis pemisah antara pelbagai kaum, agama, bangsa dan budaya. Kita mahu elemen ini menjadi elemen penting kepada penyatuan rakyat Malaysia keseluruhannya", katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir ke rumah terbuka yang dianjurkan keluarga angkatnya sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Simpang Empat, Hutan Melintang yang turut dihadiri kira-kira seribu tetamu.

Media Baharu