fb fb fb fb fb

Budaya warisan lama setiap negeri, pupuk perpaduan dalam kalangan rakyat

KUALA TERENGGANU, 23 Januari- Program Semarak Seni Cilik anjuran Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu melalui Kampung Budaya Terengganu menjadi satu pendekatan terbaik untuk memupuk semangat cintakan seni dan budaya bermula dari bangku sekolah.

Menurut Pengerusi Biro Sukan dan Kebudayaan PUSPANITA Terengganu, To' Puan Ariza Ibrahim, pihaknya percaya dengan kerjasama semua pihak, ia mampu menjadi wadah terbaik dalam memulihara seni warisan bangsa disamping memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat.

Beliau berharap aktiviti sedemikian dapat dikembangkan ke seluruh Malaysia pada masa hadapan.

"Anak-anak muda kini lebih terdedah kepada budaya luar seperti K-pop dan hip hop dan budaya sendiri mereka kurang mengenali. Perkara itu sangat merisaukan kita semua," katanya kepada pemberita selepas hadir merasmikan Program Semarak Seni Cilik di Kampung Budaya Terengganu di sini.


(Beliau berharap aktiviti sedemikian dapat dikembangkan ke 
seluruh Malaysia pada masa hadapan)

Media Baharu