fb fb fb fb fb

Sambutan TBC di Perlis meriah

KANGAR, 23 Januari- Sambutan Tahun Baharu Cina oleh masyarakat Tiong Hwa di Perlis meriah dengan amalan ziarah menziarahi serta penganjuran rumah terbuka.

Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Cawangan Perlis, turut menganjurkan rumah terbuka bersama komuniti Cina di Taman Seri Bintong Maju, Kangar.

Menurut Pengerusinya, Siti Balqis Wai Abdullah dengan kehadiran lebih 250 ahlinya, program tersebut mampu mengeratkan hubungan silaturrahim sesama masyarakat Cina Muslim khususnya di Perlis.

Program ini dilaksanakan setiap tahun, namun kali ini lebih meriah kerana bukan sahaja dihadiri masyarakat Cina Muslim malah melibatkan kaum keluarga Cina lain.

Majlis tersebut turut dihadiri Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli bagi meraikan masyarakat Cina Muslim yang hadir untuk memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina berkenaan.


(Sambutan Tahun Baharu Cina di Perlis meriah)

Media Baharu