fb fb fb fb fb

Insiden pencerobohan data dibawa ke Kabinet - PM

SERDANG, 13 Ogos- Insiden pencerobohan data penyedia perkhidmatan gerbang pembayaran iPay88 (M) Sdn Bhd akan dibincang dalam mesyuarat Kabinet minggu depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mesyuarat itu juga akan memperhalusi cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu berkenaan.

"Itu kita akan bawa ke Kabinet, kita ada cadangan suruh buat sebab perkara itu besar, tidak putuskan lagi. Kita akan bawa ke Kabinetlah," katanya.

Beliau menyatakan demikian selepas membuat kunjungan santai ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini hari ini.

(Ismail Sabri Yaakob)

Terdahulu, iPay88 mengesahkan berlaku insiden keselamatan siber yang mungkin menjejaskan data kad pengguna.

iPay88 turut menjelaskan siasatan sedang dijalankan dan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berhubung pelanggaran keselamatan tersebut.

Media Baharu